Pages

19.11.11

owh...rinduu

assalamualaikum w.b.t buat ds...

terubat rasa rindu usu semalam bila mendengar suara DS...nenek bagitau kat usu yang abang syakirul dah pandai baca doa naik kenderaan & doa sebelum tidur...

bila dengar suara abang baca, usu rasa happy yang amatlah sangat...Alhamdulillah...adik Syakir pun tak nak mengalah...

Syakir pun baca doa makan & abc walaupun sebutan masih kurang jelas...tapi, kesungguhan yang ditunjuk oleh kedua-dua kesayangan usu menyebabkan usu rasa gembira yang tiada tolok bandingannya...

Rasa Sayang...rasa rindu...Semoga takorang dua menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapa...nenek,datuk & orang-orang sekeliling...

terimakasih buat guru tadika abang syakirul yang bersungguh-sungguh mendidik anak-anak yang masih suci ini....

semoga usu, sebagai bakal seorang guru suatu hari kelak..akan mempunyai semangat yang sama untuk membimbing, mendidik anak pelajar..aminnn

lot of love,

usu nor

2.11.11

Alhamdulillah...

Love Clip Art

Rasa bersyukur sangat-sangat atas segala kepayahan, kesungguhan yang dibuat sebelum ni...

blog pun dah cute...syukran ya 'azizati...cik puteri dari istanacinta.blogspot.com...

sukaa sgt..



Thank You Clip Art


Thank You Clip Art

1.11.11

tekun...


Assalamualaikum w.b.t Ds,

Hari ni usu nak bercerita tentang "TEKUN"... 

ds tekun tolong wa nya...

Cerita ni usu dapat melalui emel dari sorang lecturer usu yang dirasa sungguh banyak ilmunya...kagum dengan beliau...namanya Dr. Rosli Mokhtar..

Jom kita hayati bersama kisahnya...

Seorang lelaki dari Madinah datang menemui Abu Darda' (sahabat nabi) ketika dia berada di Damsyik, Syria. 

Beliau berkata: "Saya dengar tuan ada menyampaikan hadis yang tuan ambil dari Rasulullah s.a.w. "

Abu Darda' bertanya: "Engkau datang kerana ada tujuan lain?"
Jawab lelaki: "Tidak"
Abu Darda' bertanya lagi: "Engkau datang untuk tujuan perniagaan?"
Jawab lelaki: "Tidak"

Situasi di atas menceritakan ketekunan yang telah ditunjukkan oleh mereka yang terdahulu.
Jarak antara Madinah dan Damsyik ialah 1302 km. 
Masa perjalanan dari Madinah ke Damsyik pada zaman itu ialah tidak kurang dari 40 hari.

p/s: ds, bukan senang bila nak buat sesuatu...kita perlu tekun dalam mempelajari apa-apa ilmu especially ilmu agama...kalau dibandingkan dengan zaman dahulu dengan sekarang, memang jauh sangat bezany....sekarang, kita tak perlu berjalan berbatu-batu jauhnya semata-mata untuk  mendapatkan ilmu...semuanya di hujung jari....bersama-samalah kita bersyukur wahai kesayanganku... sesungguhnya harta mudah mok kita carik, tapi...ilmu...kalau ada perkataan "MALAS" dalam diri...memang statik la kita...xda sebarang perubahan & kemajuan..


hai mr. thesis

Assalamu'alaikum w.b.t..



Bila dah masuk november, usu rasa nervous...sebab sempat tak usu siapkan tesis bab 1-3...dah tinggal 7 minggu agi..pasya, final exam...

tajuk pun boleh tahan..."Pengetahuan & Amalan Taharah dalam kalangan Orang Asli"...cammane tu ? harap diberikan kekuatan untuk mencari rujukan..berusaha untuk siapkan..& the most important is .... dapatkan kerjasama dari masyarakat Orang Asli tu nanti..pleasseee....help us..

apa-apapun, semester ni..nak buat library boring tengok muka usu..hahaha..

jadi,  DS mesti belajar rajin-rajin...& lebih berjaya dari usu..just for your & family future...


usu miss both of u,

usu nor

26.10.11

Yemen Part 1...

Assalamualaikum Ds,

harini usu nak bercerita juga pasal pengalaman usu ikut "kursus Pemantapan Bahasa Arab" ke Yaman selama sebulan... tak silap usu dari 19 Novermber sehingga 23 December 2010.  Semua ni adalah program di bawah pensyarah usu..Dr Kamarulzaman Abd Ghani & Dr. Isa...

Sangat teruja..walaupun sebenarnya perasaan sangatlah takut..sebab usu tak pandai Bahasa Arab..jadi, usu terfikir..macammana nak berkomunikasi, nak belajar Arab, nak makan, nak...nakk..dan nak..nak..(semualah)

jadi..berbekalkan tekad yang last minute ada, usu pun ikut je pergi..

Usu & kawan-kawan seramai 8 orang semuanya...

(fahmi,fikri,k.nisah, k.raihan, k.nisah, umi & ain)...usu sorang sarawakian...

Flight dari Kl - Bahrain...9 jam(transit 8 jam)

Bahrain- Sana'a Yemen  2 jam setengah
Klia

airport Bahrain


Bila dah sampai, rasa macam berada kat zaman Nabi dulu...usu rasa macam masuk buku sirah nabi...mungkin faktor bangunan, persekitaran & lain-lain ...

 Masjid Jame' Kabir

Cuaca sangatlah sejuk..sebab musim sejuk...mula-mula sampai bilik, usu cari kipas @ aircond tau..risau tido malam panas..rupanya...sangat sejuk...sampaikan pihak pengurusan bagi kami 2 helai selimut tebal setiap sorang...setiap malam usu tidur guna stokin, baju tidur ,baju sejuk, selimut bawak dari rumah & tambahan dua lagi selimut yang sedia ada..hahaha

Sejukk sangat..

Pengalaman belajar Bahasa Arab pula, sangat best.  Yang penting tak rasa bosan...
Sebab...

Dapat 2 orang Ustaz & Ustazah yang baik walaupun kami dibahagi kepada 2 kelas yang berbeza...namanya Ustzah Faizah & Ustzah Altaf..Mereka membantu kami bercakap & belajar Bahasa Arab dengan lancar..( yang penting, bila rehat..kami minum teh..teh Yemen sangat sedap sebab teh dicampur dengan bunga cengkih )


Berambeh di rumah Ustazah Faiza

Macammana Guru-guru usu mengajar kami?

Senang je..guru-guru usu bawa kami shopping sambil belajar di pasar, kedai pakaian dan berambeh di rumah family mereka.  Dari situ, usu yang zero, adala keberanian bercakap sampai tahap yang 60%..walaupun sebenarnya grammar tak betul...hihi


hari terakhir bersama Ustzh Faiza (latar belakang bukit & bandar Sana'a Qadim)

Yang penting..bercakap....bercakap..bercakap...sambil membeli...hihi

nak tau lagi?

lak-lak kit usu cerita k..next episode...


 usu & kereta Pengantin

lots of love,

usu nor







kali pertama...

Assalamualaikum Syakir...

Maafkan usu sebab usu xsempat tengok syakir lahir...Sebab usu jauh di UKM...rasanya tyme tu usu baru masuk 1st year...jadi...usu dapat berita kelahiran Syakir yang tersayang melalui henpon jak...( sedihh...)

xpa..yang penting anak buah usu ni dah selamat dilahirkan pada 8 Oktober 2008..Alhamdulillah...

Usu nor hepi dari kejauhan..dapat MMS gambar dari bapak Ds ...lalu terjadilah dialog sms ni;

usunor: aie...kenak nya tok itam abg?

bapa Ds : ne tauk..berjemur kali...hihi

apa-apapun...warna kulit tak membawa apa-apa makna & perbezaan...teringat usu cerita sahabat Nabi yang pernah dicerita oleh Lecturer usu dalam Kuliah...tok citanya...

Adalah sorang lelaki di zaman Rasulullah s.a.w bertemu dengan Baginda tentang masalahnya...

Laki ya tek menuduh isterinya berzina sebab anak yang lahir ya kulitnya gelap..sik sama ngan kulit dak duak lakibini...lalu, Rasulullah s.a.w tanya kat laki ya...ibarat la soklannya tek ...

"ko ada unta x?"...jawab laki ya, "ada"

Baginda tanya agik, ada x anak unta ko warna len dari yang len, 

laki ya jawab..."ada, warna itam"...

Baginda tanya agik, "camne pulang boleh camya?"...

"sebab nya ada nenekmoyang unta sebelum ya nok bewarna gelap"...

dari situasi tadi ya, barula lelaki ya tadik teringat nok mungkin gen nenekmoyang nya nok dolok nok diwarisi oleh anaknya nok baru lahir tok...

Wallahu'alam


tapi, yang usu hairan kinek...syakir usu tok makin membesar makin putih kulitnya...ne kulit itam tadik?hihihi


Sayang Ds...

Usu Nor

peringkat kejadian manusia...

Assalamualaikum kesayangan usu,

nak tahu camne terjadinya Ds?




semuanya Allah Taala dah sebutkan dalam Al-Quran dalam Surah As-Sajdah  7,8 dan 9 yang bermaksud:


(ayat 7) Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. 

(ayat 8) Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani).

(ayat 9) Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.


Pesanan usu buat Ds, berimanlah kepada Allah Taala dan bersyukurlah kepada Allah atas kelahiran di dunia yang penuh pancaroba ni...

Ds dah dilahirkan dengan penuh sempurna, adanya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, akal untuk berfikir dan hati untuk menghayati...

Semoga  Ds sentiasa bersyukur atas segala sesuatu dan berterima kasihla kepada Allah dan ibubapa...
(dan boh lupa usu..hihii.)

* ni link yang Ds boleh baca :
terjemahan al-quran (as-sajadah)


peringkat kejadian manusia

Uhibbukum,

Usu Nor