Pages

20.11.11

hayatilah...

khas buat DS...

hayatilah bait-bait lirik lagu ni...


Carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa

Carilah cinta yang abadi
yang ada hanya padanya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu

a....

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi

Carilah cinta yang sejati
yang ada hanya padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa

Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi

Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu

Yakinlah kepada Tuhan-Mu
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta yang hakiki

19.11.11

owh...rinduu

assalamualaikum w.b.t buat ds...

terubat rasa rindu usu semalam bila mendengar suara DS...nenek bagitau kat usu yang abang syakirul dah pandai baca doa naik kenderaan & doa sebelum tidur...

bila dengar suara abang baca, usu rasa happy yang amatlah sangat...Alhamdulillah...adik Syakir pun tak nak mengalah...

Syakir pun baca doa makan & abc walaupun sebutan masih kurang jelas...tapi, kesungguhan yang ditunjuk oleh kedua-dua kesayangan usu menyebabkan usu rasa gembira yang tiada tolok bandingannya...

Rasa Sayang...rasa rindu...Semoga takorang dua menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapa...nenek,datuk & orang-orang sekeliling...

terimakasih buat guru tadika abang syakirul yang bersungguh-sungguh mendidik anak-anak yang masih suci ini....

semoga usu, sebagai bakal seorang guru suatu hari kelak..akan mempunyai semangat yang sama untuk membimbing, mendidik anak pelajar..aminnn

lot of love,

usu nor

2.11.11

Alhamdulillah...

Love Clip Art

Rasa bersyukur sangat-sangat atas segala kepayahan, kesungguhan yang dibuat sebelum ni...

blog pun dah cute...syukran ya 'azizati...cik puteri dari istanacinta.blogspot.com...

sukaa sgt..



Thank You Clip Art


Thank You Clip Art

1.11.11

tekun...


Assalamualaikum w.b.t Ds,

Hari ni usu nak bercerita tentang "TEKUN"... 

ds tekun tolong wa nya...

Cerita ni usu dapat melalui emel dari sorang lecturer usu yang dirasa sungguh banyak ilmunya...kagum dengan beliau...namanya Dr. Rosli Mokhtar..

Jom kita hayati bersama kisahnya...

Seorang lelaki dari Madinah datang menemui Abu Darda' (sahabat nabi) ketika dia berada di Damsyik, Syria. 

Beliau berkata: "Saya dengar tuan ada menyampaikan hadis yang tuan ambil dari Rasulullah s.a.w. "

Abu Darda' bertanya: "Engkau datang kerana ada tujuan lain?"
Jawab lelaki: "Tidak"
Abu Darda' bertanya lagi: "Engkau datang untuk tujuan perniagaan?"
Jawab lelaki: "Tidak"

Situasi di atas menceritakan ketekunan yang telah ditunjukkan oleh mereka yang terdahulu.
Jarak antara Madinah dan Damsyik ialah 1302 km. 
Masa perjalanan dari Madinah ke Damsyik pada zaman itu ialah tidak kurang dari 40 hari.

p/s: ds, bukan senang bila nak buat sesuatu...kita perlu tekun dalam mempelajari apa-apa ilmu especially ilmu agama...kalau dibandingkan dengan zaman dahulu dengan sekarang, memang jauh sangat bezany....sekarang, kita tak perlu berjalan berbatu-batu jauhnya semata-mata untuk  mendapatkan ilmu...semuanya di hujung jari....bersama-samalah kita bersyukur wahai kesayanganku... sesungguhnya harta mudah mok kita carik, tapi...ilmu...kalau ada perkataan "MALAS" dalam diri...memang statik la kita...xda sebarang perubahan & kemajuan..


hai mr. thesis

Assalamu'alaikum w.b.t..



Bila dah masuk november, usu rasa nervous...sebab sempat tak usu siapkan tesis bab 1-3...dah tinggal 7 minggu agi..pasya, final exam...

tajuk pun boleh tahan..."Pengetahuan & Amalan Taharah dalam kalangan Orang Asli"...cammane tu ? harap diberikan kekuatan untuk mencari rujukan..berusaha untuk siapkan..& the most important is .... dapatkan kerjasama dari masyarakat Orang Asli tu nanti..pleasseee....help us..

apa-apapun, semester ni..nak buat library boring tengok muka usu..hahaha..

jadi,  DS mesti belajar rajin-rajin...& lebih berjaya dari usu..just for your & family future...


usu miss both of u,

usu nor